Selasa, 9 Jun 2009

RUMAHKU SYURGAKU






Setiap insan yang dilahirkan inginkan segala kemudahan dan keperluan yang sebaik mungkin. Oleh itu bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan dan berdoa kehadrai ILLAHI Allah SWT agar dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur agar dapat berbakti kepada insan yang memerlukan.









Rumah idaman yang diimpikan tidak semestinya besar tetapi yang pentingnya adalah dari segi susun atur kelengkapan serta pengjagaan kebersihan persekitaran luar dan dalam menjadi simbol keharmonian rumahtangga. Amalkan petua-petua yang yang menjamin kesejahteraan agar sentiasa gembira dan ceria sokmo.



PETUANYA,


Bangun pagi jangan lupa bantu isteri betulkan cadar bantal selimut serta tilam yang tidak terurus tu.


Selepas tu jangan lupa masakkan air nanti isteri boleh bancuhkan air kegemaran kita.


Selepas tu pergi mandi bersihkan diri untuk mengerjakan solat subuh berjamaah.


Selepas tu siapkan diri untuk pergi menunaikan tanggungjawab mencari rezeki.


Selepas tu sebelum pergi kerja jangan lupa peluk isteri dalam 2 minit agar kita panjang umur kata ustaz....cuba-cuba buat kot menjadi.


Selepas tu, bila dah sampai ke tempat kerja jangan lupa call isteri/suami mengatakan yang kita dah selamat sampai....senang sikit hati tu...mana tau kot2 menghala ke tempat lain.


Selepas tu bila balik dari kerja, kalu sempat beli-beli lah goreng pisang panas ke, karipap ke atau rojak ke atau ape2 yang menaikkan semangat.Sebab ape biasanya anak-anak dan isteri selalu terkam bila kita balik. Kalau balik tangan zero tak syok... hampa diorang. Nanti lain kali diorang x menunggu-nunggu kita balik.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan